Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Makmal Komputer

Makmal komputer dilengkapi dengan rangkaian setempat (LAN). Setiap makmal boleh menampung antara 40 buah komputer. Setiap pelatih disediakan dengan sebuah komputer sewaktu latihan. Setiap hari pelatih diberi latihan makmal dan komputer.

Bilik Kuliah

ITPerwaja menyediakan beberapa buah bilik kuliah berhawa dingin untuk kemudahan pembelajaran. Ia boleh menampung sehingga 40 orang pelatih pada sesuatu masa. Bilik kuliah juga boleh digunakan sebagai tempat persembahan (presentation) projek pelatih.

Bengkel

Bagi kursus yang melibatkan Bengkel Elektronik, Bengkel Mekanikal dan Bengkal Instrumentasi beberapa buah bengkel khas telah disediakan. Bengkel ini lengkap dengan semua peralatan yang diperlukan sewaktu latihan. Peralatan yang terkini selaras dengan perkembangan semasa dalam industri. Pelatih akan mengikuti pengajian dan latihan di dalam bengkel mengikut jumlah jam yang telah ditetapkan setiap hari.

Pusat Sumber

Pusat sumber ini disediakan bagi membolehkan pelatih mengadakan perbincangan, membuat rujukan terhadap Information Sheet serta membaca bahan-bahan ilmiah yang disediakan berkaitan dengan kursus masing-masing dan juga bidang IT.

Surau

Bagi kemudahan pelatih muslim, disediakan dua buah surau iaitu surau untuk pelatih lelaki dan surau khas untuk pelatih perempuan.

MenuITPerwaja | ITPerwajaKemaman | Programmes | Facilities | Services | ManagementProfile| Apply

Copy right @2003 Institut Teknologi Perwaja : All righ reservd