Pengenalan

Institut Teknologi Perwaja ( ITPerwaja ) ialah sebuah Institut Latihan Kemahiran yang dimiliki sepenuhnya oleh Perwaja Steel Sdn. Bhd. dan terletak di kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kemaman Terengganu Darul Iaman. Institut ini menjalankan latihan kemahiran di bawah Skim Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) yang dikelolakan oleh Majlis Latihan Vokalsional Kebangsaan ( MLVK ), Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Memulakan operasinya dalam tahun 1999, ITPerwaja menawarkan latihan kemahiran kepada pekerja Perwaja Steel Sdn. Bhd. Semenjak 2001, kemudahan latihan dibuka kepada pihak awam yang terdiri daripada lulusan SPM.


 
 

Objektif Program

  • Mewujudkan satu sistem penyelarasan latihan vokasional dan perindustrian yang menyeluruh dan bersesuaian dengan strategi dan objektif pembangunan teknologi terkini.
  • Membantu dan membangunkan program - program latihan vokasional dan perindustrian di peringkat mahir dann separuh mahir.
  • Menentukan pencapaian tahap kemahiran seimbang dengan tahap kemajuan teknologi

 
 

Prospek

Semua pemegang Sijil Kemahiran Malaysia mempunyai peluang yang cerah untuk berkhidmat dalam sektor pengeluaran dalam bidang masing - masing. Kemahiran yang mereka perolehi direkabentuk sedemikian rupa supaya sejajar dengan keperluan industri.

Bagi mereka yang ingin meneruskan peningkatan kemahiran, mereka boleh juga melanjutkan pelajaran mereka dalam Tahap Empat dan Lima atau di Pusat Pengajian Tinggi. Lulusan ITPerwaja mempunyai prospek yang lebih baik kerana dalam tempoh latihan mereka akan diselia oleh tenaga pengajar yang berkelayakan serta mahir dalam bidang masinhg- masing. Pelajar - pelajar juga didedahkan kepada Latihan Sambil Bekerja di sepanjang menjalani latihan.


 
         

MenuITPerwaja | CampusKualaLumpur | CampusKemaman | CampusGurun

Copy right @2003 Institut Teknologi Perwaja : All righ reservd